Kelas Keusahawanan – Canva
26 April 2017 | Aktiviti TerkiniPada 25 April 2017 baru-baru ini, Pusat Internet Meradong telah mengadakan kelas Keusahawanan yang berfokus pada aplikasi Canva. Kelas ini telah dihadiri oleh 9 orang peserta yang terdiri daripada belia lepasan sekolah menengah.
Para peserta belajar berkenaan dengan beberapa modul seperti memperkenalkan produk jualan kepada pelanggan, cara pengiklanan yang berkesan melalui media sosial. Aplikasi Canva digunakan untuk membuat poster produk dengan lebih mudah dan berkesan. Selain itu, para peserta juga diajar tentang teknik pembentangan yang berkesan dan membentangkan hasil kerja yang telah ditugaskan kepada mereka di akhir sesi kelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: