Kelas Asas Microsoft Office & Asas Internet (Sesi 3/2018)
26 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 23 hingga 25 Februari 2018 baru-baru ini, Pusat Internet Meradong telah mengadakan Kelas Asas Komputer dan Asas Internet bagi sesi 3/2018. Kelas ini telah dihadiri oleh 7 orang peserta yang terdiri daripada lepasan sekolah menengah. Para peserta turut belajar berkenaan dengan beberapa modul pembelajaran seperti Pengenalan ICT, Pengenalan kepada Internet dan Emel, Pengenalan Pemprosesan Kata 2013 (Microsoft Word 2013), Pengenalan Lembaran Elektronik 2013 (Microsoft Excel 2013) dan Pengenalan Multimedia 2013 ( Microsoft Power Point 2013).
Selain itu, para peserta juga diajar tentang teknik pembentangan yang berkesan dan membentangkan hasil kerja yang telah ditugaskan kepada mereka. Pada hari yang ketiga, peserta diberikan set soalan objektif yang ringkas untuk dijawab bagi memastikan semua peserta memahami apa yang dipelajari mereka sepanjang 3 hari sesi kelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: