Draw A Stickman
05 November 2018 | Aktiviti TerkiniPada 4 November yang lalu, PI Meradong telah mengadakan satu aktiviti interaktif bersama 5 orang kanak-kanak. Aktiviti ‘Draw A Stickman’ ini dibuat bagi mengasah minda dan mencungkil bakat kreatif mereka dalam menyelesaikan setiap cabaran didalam permainan interaktif tersebut. Dalam masa yang sama, kanak-kanak dapat mempelajari beberapa perkataan mudah dalam bahasa Inggeris memandangkan aktiviti interaktif ini menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.
Selain daripada aktiviti interaktif tersebut, taklimat Klik Dengan Bijak juga turut diselitkan bagi memberi pendedahan awal kepada bahayanya penggunaan internet jika tidak dikawal dengan sebaiknya. Taklimat ini amatlah sesuai untuk didedahkan kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak dibawah umur 18 tahun memandangkan mereka berada di dalam satu fasa ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu yang baru.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: