Promosi Program eRezeki di Pusat Internet Meradong

12 July 2018 | Aktiviti Terkini

Program eRezeki adalah berdasarkan konsep crowdsourcing, dengan tumpuan khusus diberikan kepada model berasaskan perkhidmatan. Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital.

Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan. Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tempatan. Pusat Internet Meradong merupakan wakil eRezeki terdekat anda. Hadir ke PI Meradong untuk mengikuti Latihan Asas bagaimana menjadi pekerja digital. Daftar sebagai pekerja digital di www.erezeki.my dan janakan pendapatan sampingan anda.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali