TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK DAN ADVOKASI

9 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Disember 2018 baru-baru ini, PI Meradong telah menjalankan taklimat KDB dan Advokasi untuk peserta Kelas Asas Komputer (Sesi 9/2018). Taklimat ini dihadiri seramai 10 orang peserta.

Pada hari tersebut, peserta telah diberikan taklimat mengenai topik Program Klik Dengan Bijak seperti buli siber, penyebaran maklumat palsu, berkongsi secara berlebihan, dan Online Grooming

Selain daripada  taklimat KDB, sesi taklimat juga turut diselitkan tayangan video KDB dan diakhiri dengan sesi kuiz online menggunakan aplikasi quizizz.com untuk setiap topik yang telah dibincangkan bagi menguji pemahaman peserta tentang program ini. Diharap semua pihak mendapat manfaat daripada program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali