Kelas Asas Microsoft Office (Sesi 9/2018)

9 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 7, 8 & 9 Disember 2018 baru-baru ini, seramai 11 orang peserta dari pelbagai peringkat umur telah menyertai Kelas Asas Microsoft Office bagi sesi 8/2018. Kelas ini bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang selama 3 hari berturut.

Para peserta belajar beberapa modul pembelajaran seperti Pengenalan Kepada Sistem Operasi, Pengenalan kepada Internet dan Emel, Pengenalan Pemprosesan Kata 2013 (Microsoft Word 2013), Pengenalan Lembaran Elektronik 2013 (Microsoft Excel 2013) dan Pengenalan Multimedia 2013 ( Microsoft Power Point 2013).

Selain itu, para peserta juga diajar tentang teknik pembentangan yang berkesan dan membentangkan hasil kerja yang telah ditugaskan kepada mereka. Modul KDB juga turut diselitkan semasa sesi kelas sedang belangsung..

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali