Asas Keusahawanan & Soft Skills

9 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Disember 2018 baru-baru ini, PI Meradong telah menjalankan satu kelas Asas Keusahawanan dan Soft Skills. Kelas ini dihadiri seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada 8 perempuan dan 3 lelaki.

Pada hari tersebut, peserta telah diajar bagaimana untuk memasarkan produk pilihan masing-masing dengan menggunakan Ms. Power Point. Terlebih dahulu, peserta diajar elemen-elemen penting yang perlu diterangkan di dalam slide pembentangan produk masing-masing. Setelah semua peserta dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan, peserta akan menyiapkan tugasan dan kemudiannya membentangkan hasil kerja di hadapan peserta lain dan staf Pusat Internet.

Terdapat 6 kumpulan sepanjang sesi tersebut dan produk yang dipilih oleh peserta antaranya ialah, Bedak Sejuk, ‘Pork Burger’ dan Vitamin C. Setiap kumpulan dikehendaki untuk memasarkan produk masing-masing bagi meningkatkan keyakinan diiri untuk berdiri di khalayak ramai dan memantapkan soft skills masing-masing. Diharapkan program seperti ini dapat membantu anak-anak muda untuk berani menceburkan diri di dalam bidang perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali