Kuiz Kemerdekaan - 2 Ogos 2019
3 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 2 Ogos 2019 baru-baru ini, Pusat Internet Meradong telah mengadakan satu aktiviti sempena Bulan Kemerdekaan iaitu Kuiz Kemerdekaan. Peserta yang terlibat merupakan pelajar-pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Seramai 14 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam kuiz ini.
Kuiz ini fokus kepada sejarah-sejarah negara seperti tarikh kemerdekaan,bapa kemerdekaan, buga nasional, kereta nasional pertama dan slogan kemerdekaan terbaru. Selain daripada kuiz, peserta juga didedahkan dengan info-info kemerdekaan seperti tarikh kemerdekaan memandangkan ramai peserta masih belum tahu tarikh kemerdekaan yang sebenar. Diharapkan dengan adanya kuiz ini, anak-anak muda data menghayati dan menghargai erti kemerdekaan yang sebenarnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: