Kelas Asas Microsoft Office (Sesi 1/2019)

14 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11, 12 dan 13 Januari 2019  baru-baru ini, seramai 10 orang peserta dari pelbagai peringkat umur telah menyertai Kelas Asas Microsoft Office bagi sesi 1/2019.  Kelas ini bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang selama 3 hari berturut.

Para peserta belajar beberapa modul pembelajaran seperti Pengenalan Kepada Sistem Operasi, Pengenalan kepada Internet dan Emel, Pengenalan Pemprosesan Kata 2013 (Microsoft Word 2013), Pengenalan Lembaran Elektronik 2013 (Microsoft Excel 2013) dan Pengenalan Multimedia 2013 ( Microsoft Power Point 2013).

Selain itu, para peserta juga diajar tentang teknik pembentangan yang berkesan dan membentangkan hasil kerja yang telah ditugaskan kepada mereka. Modul KDB juga turut diselitkan semasa sesi kelas sedang belangsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali