PI Meradong - Pameran Pendidikan, Kerjaya dan Gaya Hidup Sihat

9 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Mei yang lepas, Pusat Internet Meradong telah dijemput untuk membuka booth pameran di SMK Bandar Bintangor. Pameran ini berlangsung daripada pukul 9.00 pagi sehingga 1.30 tengah hari. Pameran ini turut dihadiri oleh pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Antaranya ialah, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN). Jabatan Kebajikan Masyarakat Meradong, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Intitusi Perguruan Rajang.

Sepanjang pameran ini berlangsung, setiap pelajar akan mengunjungi booth mengikut giliran masing-masing. Oleh itu, pihak PI Meradong telah menyediakan beberapa aktiviti untuk menarik minat pelajar dan dalam masa yang sama menguji serba sedikit pemahaman mereka mengenai Buli Siber, Maklumat palsu dan Kongsi Secara Berlebihan. Aktiviti lain yang diadakan ialah menjawab kuiz word search. Setiap pelajar yang berjaya menyelesaikan word search, pelajar akan dihadiahkan dengan lollipop bagi menarik perhatian pelajar lain untuk ikut serta dalam menjawab word search.

Sepanjang pameran tersebut berlangsung, staff PI Meradong turut menyelitkan sedikit mengenai advokasi KDB bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar agar tidak terjebak dengan gejala-gejala negative yang boleh memnyusahkan diri sendir dan orang lain. Diharapkan dengan adanya selingan advokasi KDB dan kuiz KDB ini, pelajar dapat memanfaatkannya di dalam kehidupan seharian mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali