PI Meradong - Bengkel Pemerkasaan ICT

5 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Mei 2019 baru-baru ini, PI Meradong telah menjalankan satu Bengkel Pemerkasaan ICT yang memberi fokus kepada remaja berumur 16 tahun ke bawah. Bengkel ini dihadiri oleh 10 remaja perempuan dan diadakan dari pukul 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Sepanjang bengkel ini diadakan, peserta didedahkan dengan perkara-perkara asas komputer dan penggunaan internet yang betul. Dalam masa yang sama juga, peserta didedahkan dengan software-software yang boleh digunakan untuk memudahkan urusan ketika menggunakan komputer. Pada hari tersebut juga, peserta telah diberikan taklimat mengenai topik Program Klik Dengan Bijak seperti buli siber, penyebaran maklumat palsu, berkongsi secara berlebihan, dan Online Grooming.

Selain daripada  taklimat KDB, sesi taklimat juga turut diselitkan tayangan video KDB dan diakhiri dengan sesi kuiz online menggunakan aplikasi quizizz.com untuk setiap topik yang telah dibincangkan bagi menguji pemahaman peserta tentang program ini. Diharap semua pihak mendapat manfaat daripada program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali