Kuiz Kahoot! Penilaian Asas Ms Office

14 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Januari 2019 baru-baru ini, PI Meradong telah menjalankan satu aktiviti iaitu Kuiz Kahoot! Penilaian Asas Ms Office. Aktiviti ini dihadiri oleh 10 orang peserta. Setiap peserta dikehendaki untuk menjawab setiap soalan di dalam kahoot bagi menguji pemahaman masing-masing.

Aktiviti ini amat menarik perhatian peserta memandangkan ia lebih kearah interaktif dan peserta dapat bersaing sesama sendiri bagi menguji ingatan dan pemahaman mengenai apa yang telah dipelajari sepanjang tempoh tiga hari kelas diadakan. Melalui aktiviti ini, peserta dapat mengulang kaji apa yang dipelajari dan sekaligus lebih menguatkan ingatan mereka mengenai formula-formula yang dipelajari.

Akhir sekali, peserta juga diminta untuk mengisi boring kepuasan perkhidmatan secara atas talian. Platform ini membolehkan peserta untuk memberi maklum balas mengenai kelas yang mereka telah hadiri, melalui platform ini, staff PI dapat mengetahui apa yang masih kurang semasa sesi pembelajaran dan akan memperbaikinya di masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali