11 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Ogos 2019 baru-baru ini, PI Meradong telah menjalankan taklimat KDB dan Advokasi beserta Kuiz KDB untuk pelajar. Taklimat dan kuiz ini dihadiri seramai 9 orang peserta. Pada hari tersebut, peserta telah diberikan taklimat mengenai topik Program Klik Dengan Bijak seperti buli siber, penyebaran maklumat palsu, berkongsi secara berlebihan, dan Online Grooming.

Selain daripada  taklimat KDB, sesi taklimat juga turut diselitkan tayangan video KDB dan diakhiri dengan sesi menjawab word search bagi menguji pemahaman peserta tentang program ini. Diharap semua pihak mendapat manfaat daripada program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali