Ms. Power Point dan Resume

31 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada  30 Ogos 2019  baru-baru ini, seramai 2 orang peserta telah menyertai Kelas Asas Microsoft Power Point dan Resume.  Kelas ini bermula 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Para peserta belajar modul pembelajaran seperti Pengenalan Kepada Multimedia 2013 ( Microsoft Power Point 2013) dan juga resume. Kelas ini amat membantu peserta yang ingin memohon pekerjaan untuk membuat resume mengikut kehendak masing-masing.

Selain itu, para peserta juga diajar tentang teknik pembentangan yang berkesan dan membentangkan hasil kerja yang telah ditugaskan kepada mereka. Modul KDB juga turut diselitkan semasa sesi kelas sedang belangsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali