Usahawan Menjana Pendapatan Sampingan Melalui Di Atas Talian ( Online )
24 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPerniagaan secara Online merupakan salah satu cara untuk membantu menjana pendapatan sampingan. Pusat Internet Komuniti Meradong juga membantu menyediakan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan untuk mempromosi produk yang sedia ada. Sebagai contoh, Puan Noordinna binti Mahdi merupakan Super Stokis Sugarbomb yang aktif berniaga secara atas talian.
Beliau adalah salah seorang usahawan tempatan dan seorang penjawat awam tetapi itu bukan penghalang seorang usahawan untuk menjana pendapatan secara atas talian. Beliau juga menyatakan keberhasilan menjana pendapatan bersama produk Sugarbomb yang memang digilai ramai di pasaran sangat menguntungkan dan beliau juga banyak membantu ramai belia – belia yang di luar sana yang ingin berjaya dalam perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: