Jemputan Menyertai Pertandingan Video Pantun Merdeka 4 Kerat
19 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniHari Kemerdekaan negara yang kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut adalah merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara kita. Oleh itu, sambutan hari tersebut hendaklah diteruskan agar generasi muda yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati kebaikannya. Antara kebaikannya juga adalah dapat memupuk semangat patriotik atau cinta akan negara.
Berikutan sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke-64, kami menjemput komuniti sekitar Meradong untuk menyertai Pertandingan Video Pantun 4 Kerat yang dianjurkan pada 18 ogos hingga 5 Sepetember 2021.Pendaftaran atau sebarang pertanyaan boleh tekan pautan di bawah.
Pautan Pendaftaran :
https://forms.gle/meEKqhR9krbwSAv3A
Pautan Whatsapp untuk menghantar video :
https://wa.me/message/NRTUPZCGP22VB1
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: