Tutorial Membuat Maklum Balas (Customer Feedback) Menggunakan Canva
23 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniCanva adalah sebuah platform web-based yang boleh digunakan mereka pelbagai bentuk grafik multimedia seperti poster, Instagram post, postcard, logo dan sebagainya. Canva juga mempunyai aplikasi yang boleh dimuat turun sama ada di Google Play Store atau Apple Store untuk memudahkan anda membuat rekaan grafik di telefon pintar.
Video tutorial yang dimuat naik ke halaman Facebook Pusat Internet Komuniti Meradong ini adalah bertujuan untuk :
- i.Membantu para usahawan membuat maklum balas pelanggan menggunakan Canva;
- ii.Membantu meningkatkan kepercayaan pelanggan untuk membeli sesuatu produk; dan
- iii.Menggalakan usahawan untuk menjadi lebih kreatif dalam memasarkan produk
Diharap dengan tutorial yang telah dijalankan ini dapat membantu para usahawan untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif serta mampu meningkatkan hasil jualan mereka. Pautan video tutorial boleh ditonton di : https://www.facebook.com/174636266217112/videos/344634610707709 .
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: