Train The Trainer – Autocrat (e-Sijil)
24 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPihak Nera telah mengatur satu Train The Trainer (TTT) Autocrat (e-Sijil) pada 23 Julai 2022 kepada semua Pengurus PEDi Maxis. TTT ini bertujuan untuk mengajar para Pengurus dan juga Penolong Pengurus untuk menjana sijil secara online menggunakan extension Autocrat dalam Google Sheet. Dimana sijil tersebut bukan sahaja boleh dijana secara online malah boleh terus dihantar kepada peserta melalui e-mel sebagai simpanan mereka.
Tenaga pengajar TTT kali ini ialah Encik Anwar, merupakan Pengurus PEDi Semenyih. Encik Anwar menerangkan dengan jelas setiap langkah-langkah yang perlu dibuat supaya penghasilan e-sijil ini berjaya. Encik Anwar juga turut menekankan agar setiap Google Form, Google Slide dan Google Sheet berada pada folder yang sama agar memudahkan proses e-sijil dijana menggunakan extension Autocrat.
Diakhir sesi TTT tersebut, semua Pengurus berjaya menjana e-sijil dan tidak mempunyai sebarang masalah setelah dibantu oleh Encik Anwar. Diharap TTT ini boleh membantu para Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi memudahkan proses membuat sijil sekiranya mempunyai peserta kursus di PEDi ramai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: