Kelas Asas Microsoft Office (G4/2022)
27 November 2022 | Aktiviti TerkiniPada 24 hingga 26 November baru-baru ini, seramai 8 orang peserta yang terdiri daripada golongan berusia dari 18 tahun hingga 55 tahun telah menyertai Kelas Asas Microsoft Office bagi sesi 4/2022. Kelas ini bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang yang diadakan selama 3 hari.
Para peserta belajar beberapa modul pembelajaran seperti
- Pengenalan Kepada Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
- Pengenalan Kepada Asas Komputer dan Teknologi Maklumat
- Modul Klik Dengan Bijak dan Advokasi
- Asas Microsoft Office Word
- Asas Microsoft Office Excel
- Asas Microsoft Office Powerpoint
Diharap ilmu yang dipelajari semasa kelas ini dapat membantu para peserta dalam membuat tugasan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: