Pameran Booth Pusat Internet Meradong sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat
7 Mac 2016 | Aktiviti Terkini
Baru-baru ini, bertarikh 6 Mac 2016 iaitu pada hari Ahad, Pusat Internet Meradong telah mengambil bahagian di dalam majlis Pemimpin Bersama Rakyat dengan membuka booth pameran bertempat di perkarangan Stadium Bola Keranjang, Bintangor Sarawak. Program anjuran PBB N46 Meradong dan Persatuan Tuai Tuai Rumah Meradong ini telah menyaksikan kehadiran Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem Ketua Menteri Sarawak untuk merasmikan majlis yang gilang gemilang ini.
Di antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Pusat Internet pada hari tersebut adalah pendaftaran ahli secara percuma, pameran Pusat Internet Meradong, Program Klik Dengan Bijak (KDB) seperti meniup belon sehingga pecah di mana di dalam belon tersebut terdapat soalan kuiz KDB dan juga permainan KDB seperti Word Search. Selain itu, Pusat Internet Meradong juga mengadakan pertandingan mewarna menggunakan aplikasi “Paint” bagi kategori murid sekolah rendah. Aktivit sampingan lain yang dijalankan adalah agihan risalah Pusat Internet Meradong kepada orang awam dan juga aktiviti fotobooth untuk pengunjung yang hadir.
Diharapkan melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara Pusat Internet Meradong dengan komuniti tempatan dan juga membantu mendedahkan peranan Pusat Internet kepada komuniti Meradong dan kawasan sekitar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: