Kelas Asas Keusahawan - PREZI
21 Disember 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 20 Disember 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Meradong telah mengadakan kelas Asas Keusahawan yang fokus kepada pengguna aplikasi Prezi di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia. Kelas ini telah dihadiri seramai 13 orang peserta. Kelas ini bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari.
Para peserta telah belajar berkenaan dengan beberapa modul pembelajaran E-Basic seperti Pengenalan Asas Keusahawanan, Mendefinisikan Keusahawan, Menjana Idea Perniagaan dan Mendefinisikan Pelan Perniagaan. Selain itu, para peserta juga diberi tugasan untuk membuat pelan perniagaan sendiri sekiranya diberi peluang menjadi usahawan. Di akhir sesi kelas ini, peserta harus membentangkan hasil kerja mereka menggunakan aplikasi Prezi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: