Lawatan TABIKA KEMAS Pusat Pendidikan Kanak-Kanak Jalan Chung San
4 November 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 3 November 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Meradong berbesar hati menerima lawatan sambil belajar dari TABIKA KEMAS Jalan Chung San, Bintangor. Lawatan ini telah dihadiri oleh 21 orang pelajar dan 2 guru pengiring. Hasil daripada lawatan ini, mereka telah diberikan pendedahan berkaitan kemudahan di PI dan pendedahan ringkas mengenai pengetahuan asas ICT.
Dalam lawatan ini, pelajar telah diberi peluang menggunakan kemudahan komputer dan belajar untuk mengenali huruf dan nombor yang terdapat pada papan kekunci. Aktiviti mewarna digital menggunakan komputer sangat mengujakan mereka terutamanya bagi pelajar yang pertama kali menggunakan peralatan komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: