Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Mercu Tanda Limau Bintangor
Mercu Tanda Limau Bintangor terletak di tebingan sungai Rajang di pekan Bintangor. Buah limau dijadikan sebagai mercu tanda di daerah Meradong kerana limau tersebut merupakan satu- satunya jenis limau yang hanya boleh didapati di pekan Bintangor.
Taman Rekreasi Bintangor
Taman rekreasi ini menjadi tumpuan penduduk tempatan mahupun pelancong luar sebagai tempat untuk beriadah terutamanya pada waktu petang dan pada hujung minggu. Lanskap taman yang teratur dan unik serta bersih menjadi daya tarikan utama di taman tersebut. Antara kemudahan yang disediakan di Taman Rekreasi Bintangor adalah seperti taman permainan kanak-kanak, ruangan senaman ,anjung tinjau dan sebagainya. Diantara aktiviti yang boleh dilakukan di taman rekreasi tersebut adalah bersukan, dan aktiviti bersiar-siar bersama keluarga dan rakat taulan.
Tumpik Udang/ Lempeng Lemantak Udang
Perniagaan Tumpik ini diusahakan oleh Tuan Hj. Saini dan isterinya. Tumpik merupakan antara tarikan makanan yang popular di pekan Bintangor khususnya dan daerah Meradong amnya. Ianya diperbuat daripada udang, tepung dan kelapa kering. Rasanya yang unik dan menyelerakan menjadikan Tumpik Udang makanan yang mesti dicuba oleh sesiapa sahaja jika singgah di pekan Bintangor.
Gerai Makanan Awam
Gerai makanan awam Bintangor menjadi tempat tumpuan pengunjung luar kerana menyediakan pelbagai menu masakan Sarawak dari pelbagai kaum yang terdapat di pekan Bintangor.
Rojak Bintangor
Rojak Bintangor merupakan makanan sampingan yang menjadi kegemaran penduduk setempat. Selain itu, Rojak Bintangor juga merupakan makanan yang menjadi tarikan kepada pengunjung luar di bandar-bandar yang berdekatan seperti Sibu, Sarikei, Kuching, dan lain-lain. Rasanya yang sedap dan menyelerakan menyebabkan ianya begitu popular dari dahulu sehingga kini.