Kisah Kejayaan
Nathasha Michelle anak PiriyNathasha Michelle anak Piriy merupakan pelajar lepasan SPM di SMK Bandar Bintangor. Nathasha telah menjadi ahli PI pada tahun 2016. Sebelum penglibatan dalam kelas INTEL yang dijalankan di PI, Nathasha mengakui bahawa dia kurang berkemahiran dengan ICT dan penggunaan aplikasi Microsoft Office.
Setelah penglibatan dalam kelas INTEL, Nathasha banyak belajar mengenai kemahiran menggunakan aplikasi Microsoft Office seperti Ms. Word, Ms. PowerPoint dan Ms. Excel. Selain itu, kelas tersebut turut diselitkan dengan kelas mengenai langkah keselamatan ketika menggunakan Internet iaitu Program Klik Dengan Bijak. Aktiviti sampingan membuat poster menggunakan aplikasi Canva turut diajar kepada mereka yang menyertai kelas tersebut.
Nathasha menyatakan perkembangannya setelah menghadiri kelas INTEL, dia lebih mahir untuk membuat kerja sekolah menggunakan Ms. Word, urusan mencari maklumat di Internet menjadi lebih mudah dan kemahirannya terhadap ICT juga meningkat.
Nathasha memberi maklumbalas positif terhadap kelas INTEL yang dihadirinya di PI Meradong. PI telah memberi banyak manfaat kepadanya untuk mempelajari pelbagai perisian komputer. Tambahan, yuran keahlian yang rendah memberi peluang kepada Nathasha untuk mendapatkan sijil INTEL. Nathasha menyatakan, perkhidmatan yang diberikan di PI adalah sangat memuaskan dan terbaik.