Sosioekomoni Dan Keusahawanan
Pengusaha Butik Gorgeuoskasih Hijabb
Butik Gorgeuoskasih Hijabb merupakan perniagaan yang diusahakan oleh usahawan muda yang dimiliki oleh Pn. Noor Azimah Binti Abdillah yang baru berusia 27 tahun . Beliau mengusahakan perniagaan yang berkaitan dengan pakaian muslimah, pakaian pengantin, tudung, sabun kelulut, dan sebagainya. Butik Gorgeuoskasih Hijabb ini sudah bertapak selama 5 tahun.Ianya mula beroperasi pada tahun 2010 .Di antara pelanggan yang berkunjung ke butik ini ialah penduduk setempat di sekitar Daerah Meradong dan penduduk luar seperti Sibu, Sarikei, Kuching, Miri, Bintulu, sehingga ke luar negeri Sarawak iaitu Sabah. Uniknya mengenai perniagaan ini ialah ianya mula diperkenalkan sepenuhnya melalui media sosial iaitu Facebook dan bekembang sehingga berjaya membuka butiknya sendiri di Pasar Tani di Daerah Meradong. Hubungi Pn. Noor Azimah Binti Abdillah untuk sebarang pertanyaan dan tempahan di talian 013 832 5815 atau boleh melayari laman sosial facebooknya di Gorgeuoskasih Hijabb.
Butik Rias Andaman Suchi
Rias Andaman Suchi merupakan Butik Andaman Pengantin yang dimiliki oleh penduduk tempatan iaitu Wan Faizal Bin Wan Adini dan Abang Faizan Bin Abg Mohamad. Butik ini menyediakan pelbagai pakej andaman, busana pengantin, pakej pelamin, pekej hantaran perkahwinan dengan harga yang berpatutan kepada penduduk setempat dan sekitarnya. Butik ini telah ditubuhkan pada tahun 2011 dan telah menjadi pilihan bagi bakal pengantin penduduk daerah Meradong dan sekitarnya. Untuk membuat sebarang tempahan yang menggunakan khidmat Butik Rias Andaman Suchi sila hubungi Wan Faizal Bin Wan Adini dan Abang Faizan Bin Abang Mohamad di talian 013 566 0192 atau bolehlah melayari laman sosial facebook Rias Andaman Suchi.
Pasar Tani Awam Daerah Meradong
Pasar Tani Awam Daerah Meradong terletak di Pekan Bintangor. Terdapat pelbagai kegiatan perniagaan yang dijalankan di Pasar Awam Bintangor ini antaranya ialah hasil dari pertanian, kraftangan, butik, gerai makanan, hasil tangkapan laut dan sungai, kedai runcit, sayur-sayuran, kuih kering, jamu dan penjualan pakaian terpakai. Pasar Tani Awam ini menjadi tumpuan penduduk setempat dan orang luar sekitar Sibu, Sarikei, Kuching, Miri dan lain-lain.