Program KDB & Advokasi Pasca PT3 SMK Bandar Bintangor
09 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 8 November 2017 baru-baru ini, PI Meradong telah menerima jemputan dari pihak SMK Bandar Bintangor untuk melaksanakan program KDB dan Advokasi untuk pelajar Tingkatan 3 yang telah selesai menjalani PT3. Program ini turut dibantu staf PI Sibu Jaya dan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Taklimat ini telah dihadiri oleh 100 orang pelajar dan 3 orang guru Unit Bimbingan Kaunseling.
Pada hari tersebut, pelajar telah mendengar ceramah KDB dan Advokasi seperti buli siber, penyebaran maklumat palsu, berkongsi secara berlebihan, e-Sisa/e-Waste, CYL dan sebagainya dari staf PI. Selain daripada mendengar ceramah KDB, sesi ceramah juga turut diselitkan tayangan video KDB dan diakhiri dengan sesi soal jawab pada setiap topik yang dibincangkan untuk menguji pemahaman pelajar tentang program . Diharap semua pihak mendapat manfaat daripada program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: