Program Kesedaran dan Latihan Kebakaran Kakitangan PI Zon Sibu
06 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 5 Mei 2017, staf Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Zon Central Sibu dengan kerjasama 7 orang staf Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, Sibu telah menjayakan Program Kesedaran dan Latihan Kebakaran yang bertempat di PI PPR Seduan Rantau Panjang. Program ini dihadiri oleh semua staf PI Zon Central Sibu, ahli JKKK Seduan Rantau Panjang dan beberapa orang sukarelawan PI. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan asas kepada staf PI amnya, mengenai langkah keselamatan dan tindakan sewajarnya apabila berdepan dengan situasi kebakaran.
Di antara aktiviti – aktiviti yang dijalankan semasa program ini berlangsung ialah ceramah kesedaran kebakaran, cara – cara menggunakan alat pemadam api dengan betul, latihan memadam api dan mengenali perkakasan yang digunakan oleh bomba ketika berlaku kebakaran atau kemalangan. Diharap program ini dapat menambah pengetahuan mengenai tindakan yang harus dilakukan terutama langkah menyelamatkan diri apabila berhadapan situasi kebakaran agar tidak panik dan bertindak sembarangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: