Pameran SKMM Sempena Fiesta NBOS Sarikei
16 April 2018 | Aktiviti TerkiniFiesta NBOS Sarikei yang berlangsung pada 13-15 April lalu merupakan satu program/platform untuk membawa perkhidmatan utama dan bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan secara terus kepada rakyat di samping memberi peluang kepada rakyat untuk melibatkan diri secara langsung di dalam program Kerajaan yang dilaksanakan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) turut menyertai pameran di Fiesta NBOS Sarikei yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik. Antara aktiviti yang disediakan ialah pengumpulan peralatan berasaskan sim kad untuk program e-sisa, kesedaran Klik Dengan Bijak, Check Your Label, pertandingan cross word KDB dan pertandingan menyusun kiub rubik. Selain itu, Encik Sarani juga turut dijemput untuk menyampaikan Randau Digital bertempat di Dewan Suarah Sarikei. Diharap dengan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, dapat memberi manfaat kepada komuniti tempatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: