Kelas Asas Menaip Kanak-Kanak
25 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Meradong telah mengadakan Kelas Asas Menaip menggunakan Ms. Word kepada kanak-kanak berusia 7-13 tahun. Kelas Asas Menaip ini dapat membantu kanak-kanak yang baru hendak mengenali perkakasan komputer seperti papan kekunci dan tetikus. Mereka turut diajar asas menggunakan papan kekunci untuk menaip pelbagai simbol, huruf besar, huruf kecil dan nombor dengan membuat aktivti menaip dalam Ms. Word.
Jika sebelum ini, mereka hanya menulis huruf besar, huruf kecil, simbol dan nombor menggunakan kertas, kini mereka boleh menggunakan aplikasi komputer untuk membuat text yang panjang dan berwarna-warni serta pelbagai bentuk tulisan. Tambahan lagi, mereka dapat menggunakan kemudahan ICT secara berhemah dan bermanfaat. Para pelajar juga turut diselitkan dengan aktiviti Word Search Klik Dengan Bijak dan kuiz merdeka secara online. Ini membuatkan mereka lebih teruja untuk mengikut kelas yang seterusnya kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: