Kursus Pengurusan Usahawan Atas Talian Untuk PI (Fasa 2)
15 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniKursus Pengurusan Usahawan Atas Talian untuk PI adalah kerjasama antara pihak Nera Infocom (M) Sdn. Bhd dengan UiTM Sarawak yang bertujuan untuk menyediakan kakitangan PI untuk memberi tunjuk ajar kepada usahawan di kawasan berdekatan PI untuk menjalankan perniagaan supaya lebih kompetitif dan seterusnya menguna pakai pasaran IT dalam memasarkan produk mereka.
Pada Fasa ke-2 ini, kakitangan PI belajar mengenai kepentingan penyediaan Rancangan Perniagaan dan juga diajar sedikit sebanyak bagaimana membuat Rancangan Perniagaan yang terbaik untuk membantu para usahawan di PI kelak. Selain itu, kakitangan PI juga diajar menggunakan Web Shaper untuk membangunkan laman e-commerce untuk produk yang hendak dipasarkan mengikut Rancangan Perniagaan yang telah dibuat.
Kursus Pengurusan Usahawan Atas Talian untuk PI pada Fasa ke-2 ini telah diadakan di Open University Malaysia (OUM) Cawangan Sibu dan juga di University College of Technology Sarawak (UCTS). Terdahulu Fasa ke-1 telah diadakan pada 4-6 Ogos 2017 di Interface Global Education (AEU) dan University College of Technology Sarawak (UCTS). Fasa ke-3 kelak iaitu pembentangan Rancangan Perniagaan dijangka diadakan pada bulan Mac 2018.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: