Program Pemantapan Asas Komputer Dan Advokasi Bersama Komuniti 1Malaysia Kg. Gemuan Jaya
08 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 7 April 2018 baru-baru ini, Pusat Internet Meradong telah mengadakan Program Pemantapan Asas Komputer dan Advokasi bersama Komuniti 1Malaysia (K1M) Kg. Gemuan Jaya dengan kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Meradong. Program yang julung kali diadakan bersama K1M Kg. Gemuan Jaya ini disertai seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Menariknya program ini, ia turut disertai oleh warga emas yang turut berminat menggunakan komputer dan belajar menaip.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Taklimat Pengenalan PI, Taklimat KDB dan Advokasi, Pengenalan Internet dan Email, Pengenalan kepada Ms. Office Word beserta aktiviti ringkas. Selain itu, para peserta diajar cara mencari maklumat menggunakan enjin carian Google dan cara mencari video menggunakan Youtube. Diharap program ini akan memberi manfaat kepada peserta terutamanya peserta yang pertama kali menggunakan komputer agar mereka lebih berminat untuk menambah kemahiran menggunakan teknologi ICT tidak mengira usia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: