Latihan Asas eRezeki (Sesi 1/2018)
08 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 7 Januari 2018 yang lalu, PI Meradong telah mengadakan Latihan Asas eRezeki bagi sesi 1/2018. Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital. Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan.
Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tempatan. Para peserta turut berdaftar di laman sesawang rasmi eRezeki untuk menjadi ahli. Setelah menjadi ahli eRezeki, peserta boleh melihat sendiri jenis pekerjaan yang didapati melalui program eRezeki. Terdapat 3 kategori : Tugasan Digital Mikro, Kerja Digital dan Kerja Bukan Digital. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai eRezeki, boleh layari https://erezeki.my/ms/home-my/.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: