Ms. Office Word (Minit Mesyuarat & Laporan Kewangan)
14 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 12 & 13 Julai 2019 baru-baru ini, PI Meradong telah menjalankan satu kelas menaip Minit Mesyuarat dan Laporan Kewangan untuk 2 orang Tuai Rumah. Kelas menaip ini diadakan khas untuk Tuai Rumah memandangkan Tuai Rumah perlu membuat minit mesyuarat ketika berada di rumah panjang.
Tuai Rumah didedahkan dengan cara bagaimana untuk menaip Minit Mesyuarat dan juga membuat Laporan Kewangan selama 2 hari berturut-turut. Selain itu, Tuai Rumah juga didedahkan dengan komponen-komponen komputer dan fungsi butang yang terdapat di setiap papan kekunci.Selain daripada itu juga, peserta turut didedahkan dengan Taklimat Klik Dengan Bijak sebagai aktiviti tambahan.
Selepas aktiviti bersama 2 orang Tuai Rumah ini, diharapkan agar Tuai-Tuai Rumah yang lain dapat turut serta untuk menghadiri kelas menaip yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: