PI Meradong - Word Mountain Typing - 24 Mac 2019
25 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 24 Mac 2019 baru-baru ini, PI Meradong telah menjalankan satu aktiviti iaitu Word Mountain Typing. Aktiviti ini dihadiri oleh 7 orang peserta. Setiap peserta dikehendaki untuk menaip setiap patah perkataan yang dipaparkan di skrin komputer dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Aktiviti ini amat menarik perhatian peserta memandangkan ia lebih kearah interaktif dan peserta dapat bersaing sesama sendiri bagi menguji kelajuan setiap peserta dalam menaip. Dalam masa yang sama juga peserta dapat berlatih untuk menaip dengan cepat dan dalam masa yang sama menaip tanpa melakukan kesalahan ejaan.
Aktiviti ini mempunyai pelbagai peringkat iaitu peringkat Easy, Medium dan Hard. Peserta akan bermula pada peringkat Easy di mana ia agak senang dan melibatkan perkataan yang singkat dan mudah ditaip. Pada peringkat Medium pula, ayat yang dipaparkan lebih kompleks dan pada peringkat Hard, ayat-ayat lebih panjang dan semakin sukar untuk ditaip bagi mereka yang masih lambat untuk menaip.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: