Teknologi Komputer (e-Learning)
8 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 7 November 2019 baru-baru ini, PI Meradong telah menerima kunjungan daripada TABIKA KEMAS, Pusat Pendidikan Kanak-Kanak, Jalan Chung San, Bintangor. Pihak Tabika Kemas telah mengadakan satu lawatan sambil belajar untuk para pelajar yang terdiri daripada 21 orang kanak-kanak dalam lingkungan umur 5 hingga 6 tahun dan diiringi oleh 3 orang cikgu. Sepanjang lawatan dijalankan, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi menarik minat pelajar untuk menggunakan komputer.
Antaranya ialah dengan melakukan sesi interaktif di mana setiap pelajar diberi peluang untuk menekan sendiri skrin di hadapan kelas untuk menjawab soalan. Selain itu juga, setiap pelajar dibenarkan untuk melayari satu laman web e-Learning iaitu abcya.com untuk mencuba setiap aktiviti yang terdapat didalamnya. Aktiviti yang disediakan di dalam laman web tersebut tersedia untuk setiap peringkat umur dan pelajar boleh memilih aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat umur masing-masing. Aktiviti yang dijalankan ini serba sedikit dapat meningkatkan daya kreatif dan merangsang minda kanak-kanak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: