Program Keusahawanan & Jualan Pesta Limau
28 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 18 sehingga 27 Oktober 2019 yang lalu, PI Meradong dengan kerjasama PI Seduan dan PI Sibujaya telah membuka gerai jualan sepanjang Pesta Limau 2019 diadakan. Untuk makluman, gerai jualan dibuka seminggu lebih awal dari pesta mulai 12 Oktober 2019. Antara pengisian aktiviti semasa Pesta Limau adalah gerai jualan bagi usahawan tempatan, pameran pertanian, ekspo pembangunan dan sebagainya.
Pesta ini turut menarik minat staf PI Zon Sibu (PI Meradong, PI Sibujaya dan PI Seduan Rantau Panjang) untuk membuat program dengan usahawan masing-masing buat julung kalinya. Program ini dilihat berpeluang untuk menambah skil dan pengetahuan berniaga dengan adanya gerai jualan dibina khas untuk disewa oleh usahawan. Program ini juga turut mengetengahkan jualan produk-produk usahawan masing-masing bagi membantu mereka meluaskan perniagaan di Pesta Limau yang dijangka boleh menarik komuniti luar Bintangor seperti Sibu dan Sarikei.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: