Pendaftaran dan Cara Penggunaan E Wallet Sarawak Pay
24 Jun 2020 | Aktiviti Terkini23 Jun 2020 – Seorang peniaga kecil di pasar tamu Bintangor, Mary Ursella telah datang ke Pusat Internet Meradong untuk meminta bantuan cara membuat pendaftaran aplikasi e-wallet Sarawak Pay. Peniaga kecil atau penjaja yang layak menerima bantuan RM1,500 dari Kerajaan Negeri Sarawak iaitu Bantuan Sarawakku Sayang (BKKS) diwajibkan memuat turun aplikasi e-wallet Sarawak Pay. Puan Mary turut diajar cara untuk membuat pengeluaran duit bantuan yang diterima dari e-wallet ke akaun bank. Selain itu, Puan Mary juga turut diajar cara berbelanja dan membuat pembayaran menggunakan e-wallet Sarawak Pay.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: