Pelajar Menggunakan Fasiliti Yang Disediakan Di Pusat Internet Komuniti (PIK) Meradong Untuk Membuat Simulasi Mengajar
10 April 2021 | Aktiviti TerkiniSalah seorang mahasiswi Meradong telah datang ke PIK untuk menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah mereka. Siswi tersebut menggunakan perkhidmatan yang disediakan untuk membuat simulasi mengajar. Dengan adanya bilik yang sesuai dan kemudahan lain seperti projektor dan capaian internet yang stabil,amat memudahkan urusan pelajar tersebut. Malah siswi tersebut merupakan seorang ahli yang kerap berkunjung ke PIK untuk menyelesaikan tugasan kuliah yang telah diberikan. Kami juga menyarankan pelajar-pelajar atau komuniti Meradong yang memerlukan perkhidmatan kami untuk berkunjung ke PIK dan juga terdapat staf yang sedia ada untuk membantu sekiranya terdapat keraguan dan sebarang pertanyaan semasa berada di PIK.
Perkhidmatan yang disediakan untuk pelajar juga tidak dikenakan bayaran bagi melayari internet dan hanya dikenakan bayaran sekiranya ingin mencetak,fotokopi, mengimbas mengikut harga yang telah ditetapkan. Berikutan pandemik covid-19 yang semakin teruk di Meradong, kami meminta kerjasama daripada komuniti untuk terus mengamalkan SOP semasa berada di PIK serta membuat janji temu terlebih dahulu bagi mengurangkan risiko jangkitan penyakit tersebut semakin menular.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: