Program Ceramah Penyalahgunaan Dadah
15 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPejabat Penerangan Malaysia Daerah Meradong yang diketuai Pegawai Penerangan Daerah Encik Zaini bin Morshidi telah mengadakan Program Ceramah Penyalahgunaan Dadah dengan kerjasama pihak Pusat Internet Komuniti (PIK) Meradong dan penceramah yang dijemput adalah Encik Sarjan Rudy yang merupakan salah seorang pegawai narkotik Meradong. Program ini dilakukan bagi memberi kesedaran kepada komuniti sekitar Meradong malah memberi pengetahuan tentang kesan keburukan terhadap diri dan keluarga daripada pengambilan dadah tersebut.
Keburukan apabila seseorang individu mengambil dadah adalah bergantung kepada kepada tahap ketagihan individu tersebut, antaranya adalah seperti gangguan mental atau emosi iaitu selalu berhalusinasi setiap masa,tanda-tanda perubahan kesihatan diri seperti mata merah,berat badan menyusut,kerap bersin dan selsema serta percakapan tidak lancar juga cepat marah apabila individu tersebut tidak berpuas hati hingga sanggup mencederakan malah membunuh keluarga sendiri, malah ada yang cenderung terlibat dengan jenayah.
Punca berlakunya pengambilan dadah ini kebanyakkan daripada individu yang mempunyai masalah keluarga dan masalah kewangan. Ada juga yang mempunyai masalah kurang perhatian, tekanan, pengaruh rakan, kurang didikan agama dan keinginan mencuba adalah antara punca penagih mengambil dadah. Bagi mengatasi masalah ini, perkara yang perlu ditekankan adalah, bijak memilih rakan, bijak menghadapi masalah, pendidikan agama,perhatian daripada ibu bapa juga adalah sangat penting dan kasih sayang daripada keluarga memainkan peranan penting kepada seseorang individu tersebut daripada terjebak dengan pengambilan dadah. Oleh sebab itu, sama-samalah kita menjaga diri, keluarga dan masyarakat di sekeliling dengan menyatakan TIDAK kepada dadah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: