Proses Mengecat dan Baikpulih Kerosakan di PIK Meradong
14 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 12 sehingga 14 November 2021, pihak kontraktor yang ditugaskan oleh pihak majikan telah datang untuk melakukan kerja-kerja mengecat dan membaiki segala kerosakan yang terdapat di PIK Meradong. Pihak kontraktor telah mengambil masa 3 hari untuk menyiapkan kerja mengecat dan membaiki kerosakan. Antara kerosakan yang telah dibaiki adalah menukar pelekat dinding (stiker jalur) yang baharu, membaiki pintu kaca, dan mengecat keseluruhan PIK Meradong terutamanya pada bahagian kotor dan cat yang telah tertanggal akibat kebocoran dari bangunan tingkat atas. Selama proses mengecat dilakukan, PIK tidak beroperasi sepenuhnya dan hanya dibuka untuk perkhidmatan cetak dan fotokopi sahaja. PIK beroperasi sepenuhnya pada petang 14 November 2021 setelah kerja-kerja pihak kontraktor selesai dan pembersihan PIK telah dilakukan sepenuhnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: