Tutorial Menyunting Poster Menggunakan Canva
22 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniCanva adalah sebuah platform web-based yang boleh digunakan mereka pelbagai bentuk grafik multimedia seperti poster, Instagram post, postcard, logo dan sebagainya. Canva juga mempunyai aplikasi yang boleh dimuat turun sama ada di Google Play Store atau Apple Store untuk memudahkan anda membuat rekaan grafik di telefon pintar.
Tutorial yang telah dijalankan berkolaborasi dengan 2 PIK iaitu PIK Taman Sepakat Jaya dan PIK Telaga Air secara langsung di Facebook PIK Taman Sepakat Jaya pada 2.30 petang. Kolaborasi ini membawa empat tujuan iaitu :
- i. Menggalakkan orang ramai turut sama mendaftar vaksin di aplikasi MySejahtera
- ii. Menyeru penonton agar tidak mudah menyebarkan maklumat palsu tanpa menyemak kesahihan terlebih dahulu
- iii. Menggalakan usahawan membuat poster produk yang menarik dan kreatif untuk menarik minat pembeli yang berpotensi
- iv. Memperkenalkan Canva dan membuat tutorial menyunting poster produk untuk tujuan pemasaran di laman sosial usahawan
Diharap dengan tutorial yang telah dijalankan ini dapat membantu para usahawan untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif serta mampu meningkatkan hasil jualan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: