Kelas Asas Microsoft Office (Sesi 1/21)
25 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 22 Oktober 2021 hingga 24 Oktober 2021 telah berlangsungnya kelas Asas Microsoft Office bagi Sesi 1/2021 selama 3 hari yang telah dihadiri seramai 3 orang peserta. Para peserta belajar beberapa modul pembelajaran seperti :-
- Pengenalan kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
- Pengenalan Microsoft Word,
- Pengenalan Microsoft Excel,
- Pengenalan Microsoft PowerPoint,
- Presentasi tugasan keusahawanan,
- Menjawab soalan di Quizziz.com
Kelas ini penting untuk belia-belia terutamanya yang lebih ramai memerlukan kemahiran komputer untuk membuat kerja-kerja sekolah, malah tidak dinafikan juga pengetahuan asas berkenaan bidang ICT sangat penting untuk semua lapisan masyarakat pada masa kini.
Pengetahuan asas ICT ini juga mampu membantu seseorang individu untuk mendapatkan pekerjaan kerana perkara pertama yang diperlukan kebanyakannya adalah menggunakan komputer sekurang-kurangnya pengetahuan asas dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Sebagai contoh, pada masa kini, akibat berlakunya wabak Covid-19, kebanyakan masyarakat terutamanya masyarakat yang bekerja atau pelajar-pelajar perlu membuat kerja secara atas talian, penggunaan Microsoft Word adalah salah satu elemen penting yang terdapat di dalam pembelajaran asas kelas komputer.
Oleh sebab itu, setiap lapisan masyarakat hendaklah mempunyai pengetahuan asas tentang teknologi maklumat dan komunikasi kerana terdapat elemen penting yang perlu dipelajari bagi menyelesaikan sesuatu tugasan terutamanya pada masa kini sangat mementingkan era digital dan kesannya kepada kehidupan harian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: