Menggunakan Komputer Di Pusat Internet Komuniti (PIK) Meradong Untuk Membuat Urusan Kerja
4 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti (PIK) Meradong merupakan salah satu tempat di mana komuniti boleh membuat urusan seperti mencetak, melayari internet , membuat surat dan sebagainya melalui capaian internet yang telah disediakan. Ada juga komuniti yang menggunakan PIK sebagai sumber utama untuk mereka membuat urusan kerja dan kerja sekolah. Selain itu, dengan adanya perkhidmatan yang disediakan di PIK juga adalah untuk memudahkan komuniti mendapatkan maklumat atau info terkini untuk pengetahuan am individu mahupun untuk urusan kerja. Dengan kemudahan capaian internet yang stabil dan pantas dapat membantu komuniti membuat urusan kerja secara professional dan pantas.
Pada 3 Mac 2021, Encik Bakir yang merupakan salah seorang ahli PIK Meradong telah menggunakan perkhidmatan yang disediakan untuk membuat surat berhenti bekerja beliau. Staf juga turut membantu beliau cara menggunakan Microsoft Word yang betul untuk membuat surat peletakan jawatan beliau secara rasmi. Walau bagaimanapun, semasa berada di PIK, komuniti disarankan mengikuti SOP yang ditetapkan dan membuat janji temu terlebih dahulu sebelum datang ke PIK untuk sebarang urusan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: