Memohon Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN ) Secara Online
2 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah untuk membantu ibu bapa mengurangkan beban kos pendidikan yang kian meningkat terutamanya kepada anak-anak yang ibu bapanya tidak berkemampuan untuk membiayai kos pendidikan anak-anak. Malah, PTPTN juga merupakan pinjaman pendidikan yang boleh beralih kepada bantuan biasiswa sekiranya pelajar tersebut mencapai syarat-syarat tertentu dan tidak dibayar setelah tamat pengajian di universiti. Permohonan PTPTN boleh dibuat melalui online di laman sesawang rasmi PTPTN ataupun secara langsung ke pejabat PTPTN.
Seorang pelajar lepasan SPM telah membuat permohonan PTPTN secara online dengan menggunakan perkhidmatan internet yang telah disediakan untuk komuniti Meradong. Cara ini juga membantu pelajar memudahkan urusan bersama pihak tertentu dan sekiranya pelajar ragu-ragu untuk membuat permohonan secara online, mereka boleh menghubungi pegawai yang bertugas di agensi PTPTN untuk sebarang pertanyaan. Permohonan secara online adalah salah satu cara yang cepat dan mudah serta mengurangkan penularan pandemik covid-19 yang semakin jelas membimbangkan semua masyarakat pada masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: