Membuat Minit Mesyuarat di PIK Meradong
6 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti (PIK) Meradong kebanyakkan mendapatkan kunjungan daripada komuniti luar bandar ataupun komuniti yang tidak mempunyai kemudahan komputer dan perkhidmatan cetakan di tempat kediaman mereka. PIK Meradong sangat membantu komuniti untuk menjalankan urusan sesetengah pihak dengan mudah dan pantas. Sebagai contoh, seorang komuniti Meradong, dimana beliau adalah salah seorang Timbalan Ketua Kaum di sebuah rumah panjang telah menggunakan perkhidmatan yang disediakan untuk menaip minit mesyuarat dan mencetak minit mesyuarat setiap bulan di PIK.
Komuniti juga lebih selesa melakukan sebarang tugasan yang diberikan dengan hanya dikenakan harga yang berpatutan dan percuma untuk golongan pelajar khasnya. Kestabilan capaian internet di PIK juga membantu komuniti untuk membuat urusan kerja lebih profesional dan pantas di terima oleh pihak kedua sekiranya tempat kerja berada jauh daripada pekerja atas kekangan yang berlaku pada masa kini berikutan pandemik covid-19. Kemudahan asas yang boleh didapati di PIK Meradong adalah menaip, mencetak, melayari internet malah PIK juga membantu usahawan-usahawan Meradong untuk mempromosikan jualan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: