Menghantar Permohonan Kerja Menggunakan Emel
7 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPelbagai medium untuk pekerja memohon kerja pada masa sekarang. Selain daripada mengisi borang permohonan pekerjaan, emel adalah salah satu cara dimana kebanyakkan syarikat atau agensi sekarang lebih suka membuka permohonan kerja hanya dengan memerlukan pemohon menghantar emel kepada mereka. Terutamanya kepada lepasan graduan atau pelajar yang ingin memohon tempat latihan industri yang belum pernah mempunyai pengalaman bekerja, emel adalah salah satu cara yang cepat dan mudah. Pemohon juga hendaklah menghantar emel dengan cara yang betul dan profesional agar permohonan diterima oleh Majikan.
Berikutan Pandemik Covid-19 pada masa sekarang, sudah pasti emel banyak memainkan peranan penting untuk memohon pekerjaan seperti menghantar resume atau dokumen yang berkaitan. Sebagai contoh, salah seorang komuniti datang ke Pusat Internet Komuniti Meradong untuk membuat permohonan pekerjaan menggunakan emel, seperti yang disarankan kebanyakkan Majikan pada masa kini. Beliau hanya datang ke Pusat Internet Komuniti yang mempunyai perkhidmatan capaian internet yang stabil untuk memudahkan urusan pemohonan pekerjaan beliau. Staf Pusat Internet Komuniti Meradong juga bersedia untuk membantu komuniti sekiranya mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: