Usahawan Membuat Menu Makanan Menggunakan Perkhidmatan PIK Meradong
6 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniMenu makanan merupakan salah satu perkara penting bagi usahawan untuk berniaga di kedai makan terutamanya. Hal ini demikian kerana menu tersebut untuk memudahkan pelanggan memilih makanan dan minuman yang sedia ada di kedai tersebut. Oleh itu, salah seorang usahawan telah berkunjung ke Pusat Internet Komuniti (PIK) Meradong untuk membuat senarai menu makanan untuk digunakan di kedai makan keluarganya.
Perkhidmatan komputer yang terdapat di PIK Meradong, banyak membantu Usahawan bagi membantu menyelesaikan urusan perniagaan mereka. Antaranya seperti menyediakan tempat untuk produk yang mereka jual kecuali barang mentah, membuat poster perniagaan, mencetak dan melayari internet untuk memohon lesen perniagaan.
Pengguna yang datang berkunjung ke PIK adalah dibenarkan hadir ke PIK tanpa temujanji. Walau bagaimanapun, mereka disarankan untuk mengamalkan SOP sebelum, semasa dan selepas berada di PIK seperti yang terdapat di garisan panduan pada Pelan Pemulihan Negara Fasa 3 sekarang. Pengguna haruslah menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mengimbas kehadiran di PIk atau direkodkan dalam buku kehadiran yang telah disediakan. Pengguna yang mempunyai suhu badan melebihi kadar tidak sihat ( melebihi 37.5 darjah celcius ) dan mempunyai symptom jangkitan Covid-19 adalah tidak dibenarkan memasuki premis PIK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: