Komuniti Memanfaatkan Wifi Percuma Untuk Mesyuarat Secara Atas Talian
8 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti (PIK) Meradong menyediakan Wifi percuma untuk komuniti yang datang berkunjung ke PIK untuk urusan-urusan penting. Wifi yang terdapat di PIK juga stabil dan memudahkan komuniti membuat sebarang urusan yang memerlukan internet. Komuniti yang ramai datang ke PIK berikutan penggunaan wifi yang disediakan adalah untuk mesyuarat secara atas talian, pelajar yang ingin menghadiri kuliah terutamanya kepada siswi dan siswa, malah ada juga komuniti yang menggunakan wifi untuk mendaftar MySejahtera di telefon pintar, dan ada juga yang menggunakan wifi untuk urusan harian seperti membuat transaksi secara atas talian dan kemaskini bantuan kerajaan dari masa ke masa.
Salah seorang komuniti Meradong, kerap berkunjung ke PIK untuk menggunakan kemudahan Wifi yang disediakan untuk hadir mesyuarat yang dijalankan secara atas talian. Beliau selalu berkunjung ke PIK hampir setiap bulan untuk menghadiri mesyuarat yang perlu dihadiri setiap masa. Beliau mengambil masa 1 atau 2 jam berada di PIK untuk menyelesaikan urusan sebagai seorang pekerja yang bekerja dari rumah berikutan Pandemik Covid-19 yang semakin digeruni dengan peningkatan kes yang semakin berleluasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: