Menggunakan Komputer Di Pusat Internet Komuniti (PIK) Meradong Untuk Membuat Urusan Kerja
8 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti (PIK) Meradong merupakan salah satu tempat di mana komuniti boleh membuat urusan seperti menaip, mencetak, melayari internet dan sebagainya melalui capaian internet yang telah disediakan. Ada juga komuniti yang menggunakan PIK sebagai sumber utama untuk mereka membuat urusan kerja dan kerja sekolah dan urusan usahawan. Selain itu, dengan adanya perkhidmatan yang disediakan di PIK juga adalah untuk memudahkan komuniti mendapatkan maklumat atau info terkini untuk pengetahuan am individu mahupun untuk urusan kerja. Dengan kemudahan capaian internet yang stabil dan pantas dapat membantu komuniti membuat urusan kerja secara professional dan pantas.
Pada 07 Mei 2021, seorang komuniti Meradong telah menggunakan perkhidmatan penggunaan komputer yang disediakan untuk membuat surat tukar hak milik tanah untuk keluarga beliau. Staf juga turut membantu beliau cara menggunakan Microsoft Word yang betul untuk membuat surat tersebut secara professional dan formal. Walau bagaimanapun, semasa berada di PIK, komuniti digalakkan mengikuti SOP yang ditetapkan dan membuat janji temu terlebih dahulu sebelum datang ke PIK untuk sebarang urusan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: