Panduan Membuat Janji Temu JPN
19 September 2021 | Aktiviti TerkiniJika anda ingin melakukan urusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anda harus membuat temujanji terlebih dahulu di laman sesawang mytemujanji.jpn.gov.my sebelum pergi ke pejabat JPN. Janji temu perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum berurusan bertujuan untuk mengelakkan kesesakan di pejabat JPN ini kerana kes Covid-19 di Malaysia masih lagi tinggi. Cik Cynthia telah menerangkan langkah demi langkah bagi membantu orang awam yang kurang berkemahiran menggunakan laman sesawang JPN yang ingin membuat janji temu urusan di JPN. Orang awam diminta untuk prihatin mengenai waktu operasi cawangan JPN di sekitar mereka kerana ada sesetengah cawangan JPN tidak beroperasi disebabkan penularan wabak Covid-19. Pautan video panduan membuat janji temu JPN boleh ditonton di: FB Video
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: